DESASISWA.
RESTU.
Desasisiwa Saujana berada dalam kompleks Restu,saujana,Tekun(RST) yang terletak dalam lingkungan pintu masuk ke stadium Universiti sains Malaysia.Kompleks ini di bina pada tahun 2003. Pada 17 Jun 2004, seluruh kompleks ini mula dihuni dengan rasminya oleh pelajar-pelajar tahun satu USM. Kompleks ini dirasmikan pada 12 September 2004 oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.
SAUJANA.
Desasiswa Saujana berada dalam kompleks Restu, Saujana, Tekun (RST) yang terletak berhadapan dengan pintu stadium Universiti Sains Malaysia. Kompleks ini mula dibina pada tahun 2002 dan siap pada tahun 2003. Pada 17 Jun 2004, seluruh kompleks ini mula dihuni dengan rasminya oleh pelajar-pelajar tahun satu USM. Kompleks ini dirasmikan pada 12 September 2004 oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.
TEKUN.
Desasiswa Tekun merupakan desasiswa baru yang bermula dari tahun 2003. Terletak dalam kawasan Kompleks Restu Saujana Tekun(RST). Desasiswa ini boleh menempatkan 1033 orang penghuni bagi setiap dari 2 bangunan.
Desasiswa ini mempunyai 10 tingkat dan lif disediakan untuk kemudahan para penghuni. Banyak kemudahan yang disediakan di desasiswa ini. Antaranya ialah kafe, telefon awam, bilik tv, bilik bacaan, bilik rekreasi dan banyak lagi. Nama ‘Tekun’ diberi dengan harapan para penghuni desasiswa Tekun rajin berusaha untuk mencapai kejayaan dalam akademik dan juga aktiviti kokurikulum seperti sukan, aktiviti persatuan
AMAN DAMAI.
Mempunyai lapan blok (K01 hingga K08) iaitu 2 blok pelajar lelaki dan enam blok pelajar wanita
K01 dan K02 blok lelaki
K03 hingga K08 blok wanita
Setiap blok mempunyai 3 aras iaitu aras 0,1 dan 2
Terdapat blok untuk pelajar kurang upaya iaitu K01 dan K05.
BAKTI.
Bakti Permai merupakan antara salah satu desasiswa yang terdapat di dalam kampus induk Universiti Sains Malaysia. Bakti Permai juga merupakan salah satu desasiswa terawal yang dibina di USM selain Fajar Harapan dan Cahaya Gemilang.
Kedudukan Bakti Permai yang strategik iaitu berhampiran Pusat Pengajian, bilik tutorial dan dewan-dewan kuliah menjadikan desasiswa ini sentiasa mencuri tumpuan bukan sahaja dalam kalangan pelajar malah dalam kalangan kakitangan universiti juga.
BLOK
Bakti Permai mempunyai bilangan penghuni sebanyak (jumlah). Bakti Permai dibahagikan kepada 4 blok iaitu H09 dan H11 merupakan blok pelajar perempuan, H12 merupakan blok pelajar lelaki dan H10 merupakan blok yang menempatkan kafetaria dan pentadbiran.
FAJAR.
Fajar Harapan mempunyai bilangan penghuni sebanyak 954 pelajar yang dibahagikan kepada 4 blok iaitu 1 blok lelaki iaitu F26 dan 3 blok perempuan iaitu F25, H07 dan H06.
Kedudukannya yang strategik iaitu berhampiran dengan Pintu Sg. Dua, Masjid Khalid Al Walid dan Pusat Pengajian serta pemandangan tasik yang indah menyebabkan desa ini sering mendapat banyak permintaan tempat tinggal oleh pelajar USM.
INDAH KEMBARA.
Desasiswa Indah Kembara menpunyai
seramai 1000 orang pelajar USM merangkumi 4 blok bangunan asrama. 3 buah blok didiami oleh penghuni perempuan iaitu L06, L07 dan L11 manakala sebuah lagi oleh penghuni lelaki iaitu L12. Desasiswa ini juga khas menempatkan pelajar yang dikenali sebagai PALAPES iaitu Pasukan Latihan Pegawai Simpanan yang melengkapkan hampir 20% penghuni di Desasiswa ini. Sekiranya disebut nama Desasiswa Indah Kembara, maka pihak PALAPES yang akan terlintas di fikiran.
|